Categories
NASIONAL

Waris, Bekas Peneroka Sg Buaya Tekad Tuntut Pampasan Tanah

SHAH ALAM 7 OGOS: Kumpulan Generasi Ke Dua Bekas Peneroka Felda Sungai Buaya hari ini berikrar untuk meneruskan perjuangan bagi menuntut baki bayaran  pampasan yang sepatutnya diterima oleh pemilik asal tanah.

Kumpulan itu yang mewakili 363 bekas peneroka mendakwa syarikat Murna Jaya Development Sdn Bhd yang mengambilalih tanah seluas 3100 ekar di bekas tanah rancangan felda itu  membayar RM185 ribu, tetapi masih berhutang RM815 ribu kepada setiap seorang bekas peneroka terlibat.

Setelah 18 tahun berlalu, syarikat terbabit didapati masih gagal menjelaskan baki bayaran kepada bekas peneroka di situ.

Menurut generasi kedua bekas peneroka felda tersebut, Yusri Saringat, perjuangan menuntut hak mereka wajar diteruskan oleh generasi baru dari bekas-bekas peneroka tersebut.

“Dah 18 tahun berlalu dah terlalu lama sampaikan ramai di antara peneroka asal tanah rancangan ini dah pun meninggal dunia.

“Dari 363 peneroka asal kini tinggal hanya 73 orang sahaja dan yang lain dah pun meninggal dunia.

“Sekarang terpulang kepada waris mereka untuk meneruskan perjuangan mereka, sebab ini memang hak mereka,” ujar Yusri.

Menurut Yusri, pihak bekas peneroka di sini sedang giat menyusun gerakan untuk mendesak pihak terlibat menyelesaikan pampasan tertunggak itu.

“Masa pilihan raya kecil Hulu Selangor sebelum ini pun begitu, bila masyarakat termasuklah dari pembangkang beri tekanan barulah nak keluarkan bayaran.

“Itu pun sebab nakkan undi kami, kalau tidak memang tak jalan,” kata Yusri.

Pada April 2010, dalam satu kempen Pilihan Raya Kecil, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bayaran pampasan sebanyak RM50,000 bagi setiap

“Setelah bayaran itu dibuat, BN tidak melakukan apa-apa untuk membangunkan tanah tersebut dan kedudukan peneroka-peneroka masih tidak terbela,” katanya lagi.

Syarikat Murna Jaya turut mengambil kesempatan menjualkan tanah seluas 600 ekar yang diserahkan peneroka kepada mereka.

Bagaimanapun hasil jualan itu tidak pula dibayar kepada bekas peneroka atau waris peneroka terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published.