11,275 Sertai Pertandingan Memancing

MORIB, 18 NOV : Pertandingan Memancing GP Selangor yang dianjurkan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menerima sambutan hangat sejak ia dilancarkan awal tahun lalu.

Pertandingan yang disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu merupakan kali kedua diadakan dengan menyaksikan penyertaan seramai 11,275 peserta dalam sepuluh pusingan.

Abdul Khalid dalam ucapannya berkata, pertandingan seumpama itu berupaya memperkenalkan kawasan pengairan di Selangor kepada orang ramai sekaligus meningkatkan industri pelancongan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan menyokong penuh usaha serta aktiviti sebegini dan menggalakkan orang ramai untuk menyertainya.

“Pertandingan ini satu contoh pengurusan yang baik kerana ia dirancang secara konsisten, semua dalam rancangan. Selain itu, ia menggalakkan pelancongan.

“Orang ramai yang hadir ke sini turut boleh melawat ke beberapa tempat menarik di sini antaranya muzium, homestay dan sebagainya,” katanya semasa merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Memancing GP Selangor di Pantai Morib, dekat sini petang tadi.

Juara pertandingan membawa pulang wang tunai RM40,000; tempat kedua sebanyak RM14,000; ketiga, RM1,200 dan kelima RM600.

Hadiah wang tunai turut ditawarkan sehingga tempat ke-40.

Selain menawarkan hadiah utama, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa empat televisyen LCD 32 inci dan 500 kemeja T kepada peserta yang mendaftar awal serta 10 hadiah cabutan bertuah lain.

Dianggarkan lebih 900 peserta mendaftar untuk pertandingan hari ini.

Selain itu, pihak pengajur turut mensasarkan seramai 15,000 peserta akan menyertai pertandingan sebanyak 12 pusingan di seluruh negeri yang bermula di Tasik Bandaran, Kelana Jaya dan berakhir di Taman Tasik Shah Alam Disember depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.