Categories
NASIONAL

Kajian : Masih Ramai Berpendapat Tahap Korupsi Tinggi Di Kalangan Penjawat Awam, Ahli Politik Malaysia

PETALING JAYA 5 DIS: Kajian terbaru oleh NGO Transparency International Malaysia (TI-M) mendapati persepsi terhadap kebolehan dan kesungguhan Kerajaan Pusat menangani rasuah masih tidak memuaskan.

Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2012 menunjukkan sebanyak 75 peratus daripada sejumlah respondan berpendapat bahawa Kerajaan Pusat masih gagal dalam usaha membanteras rasuah.

Sementara itu, pada skala 1 hingga 5, (1-tidak pernah dan 5-sangat kerap), responden memberi purata gred 4.3 kepada kenyataan ?adakah pengawai awam berpangkat tinggi dan ahli politik kerap menyalahgunakan dana awam??

Manakala, responden memberikan purata gred 4.1 daripada skala 5 terhadap kenyataan ?adakah penjawat awam kerap kali meminta dan menerima rasuah??

Laporan itu diumumkan Presiden TI-M, Datuk Paul Low Seng Kuan dalam satu sidang media di Hotel Shah Village di sini hari ini.

Katanya, Malaysia berada pada kedudukan 54 (skala 49/100) daripada 176 negara dalam CPI 2012 bersama-sama negara Republik Czech, Latvia dan Turki.

“Kedudukan Malaysia masih berada di tahap pertengahan yang menunjukkan walapun banyak langkah telah dilaksanakan di bawah inisiatif GTP/NKRA, responden tidak berasa kadar rasuah telah turun,? Paul berkata.

Satu lagi indikasi yang penuh bermakna, Paul berkata, adalah dalam kenyataan ?adakah anda berasa sebab syarikat anda gagal mendapat kontrak atau peluang perniagaan baru adalah kerana pesaing telah membayar rasuah??

?50 peratus responden menjawab ?ya? kepada kenyataan tersebut, peratus yang paling tinggi di antara 30 negara yang dikaji?.

Negara yang mendapat CPI tertinggi antaranya adalah Denmark, Finland, New Zealand, Sweden dan Singapura.

Beliau berkata, penilaian dibuat di 176 negara berdasarkan kaedah kaji selidik yang dinaiktaraf bagi mendapatkan penilaian yang lebih tepat berbanding tahun lalu.

Sebelum ini, TI-M menggunakan skor diatara 1-10 dan pada tahun ini jumlah skor telah ditukar kepada 0-100 (0-rasuah paling banyak dan 100-bebas rasuah).

Turut hadir Timbalan Presiden TI-M, Prof Datuk Haji Mohamad Ali Hassan, Setiausaha Kehormat, Jose M Fernandes, Ahli Exco, Ngooi Chu Ing dan Pengarah Eksekutif, Acan Kirupakaran.

TI-M merupakan sebuah badan yang bernaung di bawah Transparency International (T-I), satu pertubuhan dunia yang mengetuai gerakan membasmi rasuah.

Ian mengeluarkan indeks rasuah yang menyenaraikan kedudukan negara-negara berdasarkan markah yang diperolehi melalui kajian yang dilakukan secara tahunan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.