Categories
NASIONAL

Stadium Merdeka Jadi Lokasi Rasmi Himpunan 12 Jan – INFO 12

Sinopsis 

Info 12 Untuk 10012013 

Saksikan secara langsung "INFO 12" sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 10 JANUARI 2013 :

1. Pengerusi Penganjur HKR, Mohamad Sabu mengesahkan Stadium Merdeka akan menjadi lokasi rasmi himpunan itu Sabtu ini.

2. Wanita Pakatan Rakyat menyatakan sokongan padu dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang bakal berlangsung Sabtu ini. 

3. Kerajaan Selangor mahu sebidang tanah di Bukit Raja, Klang yang telah diperuntukkan untuk sebuah kem tentera digunakan untuk tujuan tersebut dan bukan untuk kegunaan meraih untung semata-mata.

4. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan yang tidak mendapatkan RM72.5 juta dari Awan Megah Sdn Bhd akibat kegagalan menyiapkan projek Puspahanas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.