Categories
NASIONAL

43 Nama Pengundi Ragu Didaftarkan Di Kuala Kedah

Grafik Pengundi hantu

PETALING JAYA 27 MEI : PKR mendakwa wujud 43 nama pengundi yang tidak dikenali yang didaftarkan di enam rumah di satu taman di dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah.

Bukti tersebut berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh penghuni sebenar enam rumah tersebut di Taman Sri Putra Kuala Kedah yang menyatakan alamat mereka digunakan oleh 43 pengundi-pengundi ragu itu.

Kewujudan pengundi-pengundi itu disedari penghuni rumah tersebut apabila mereka menerima kad pengesahan butiran pengundi di rumah mereka. Kad itu menyenaraikan kesemua pengundi yang didaftarkan di alamat tersebut.

“Saya menyeru kepimpinan SPR memberikan penjelasan yang masuk akal mengenai kejadian ini kerana laporan polis khusus yang dibuat mengenainya,? kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Rafizi berkata kewujudan pengundi ragu di Parlimen Kuala Kedah dikuatkan lagi dengan laporan Borang 10A daripada Suruhanjaya Pilihanraya sendiri yang dikeluarkan terhadap seorang pengundi, Lim Tiek Hong.

Borang tersebut dikeluarkan terhadap Tiek Hong sebagai penjelasan mengapa beliau tidak diberi kertas undi.

Pengawai SPR di tempat mengundi Sekolah Kebangsaan Peremba mendapati jari telunjuk kiri Tiek Hong tidak ditandakan dengan dakwat kekal.

Tetapi rekod SPR menunjukkan bahawa kertas undi telah dikeluarkan untuk nama tersebut.

Jelas Rafizi, Borang 10A yang dikeluarkan sendiri oleh SPR mengesahkan wujudnya pengundi hantu di dalam PRU-13.

Setakat ini pihak Pasukan #Siasat PRU-13 menerima tiga salinan Borang 10A yang diberikan kepada pengundi yang tidak diberikan kertas mengundi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.