Categories
NASIONAL

Perkhemahan Cara Akhir Menentang Penipuan Pilihanraya

black 505 khemah SAMM 01

berkhemah black505 01KUALA LUMPUR, 23 JUN : Anak muda yang berkhemah di tapak himpunan #Black505 semalam berkata tindakan mereka itu kerana semua usaha bagi memaksa Kerajaan Persekutuan bertindak terhadap dakwaan penipuan di dalam pilihanraya umum ke-13 telah gagal.

Walaupun umumnya rakyat Malaysia kurang faham atau memandang serong terhadap tindakan mereka, peserta perkhemahan itu merasakan perjuangan mereka akan akhirnya mendatangkan kebaikan kepada masyarakat umum.

Ini kerana proses pilihanraya yang terencat dan lemah tidak akan mengambarkan suara rakyat yang sebenar dan akhirnya merampas kuasa individu untuk menentukan halatuju negara.

Buktinya seperti diperkatakan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini. Walaupun gagasan itu menang 51 peratus daripada keselurahan undi PRU-13, ia tidak dapat membentuk kerajaan persekutuan.

“Kalau rakyat tidak mahu ambil tindakan sekarang. Kita bakal terus bersusah payah lagi biarlah sampai 100 kali pilihan raya lagi sekalipun,” kata aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim ketika di temui kawasan perkhemahan itu di Padang Merbok.

Sejurus selesai himpunan #Black505 semalam, aktivis anak muda daripada pelbagai latar belakang mendirikan kira-kira 50 khemah di padang itu.

Usaha itu bagi mendesak Kerajaan Persekutuan Umno-BN mengambil serius tuntutan beberapa NGO dan Pakatan sebelum ini untuk menangani penyelewengan PRU-13.

Tiga tuntutan tersebut, mendesak Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta ahli SPR lain meletak jawatan, mengadakan pilihan raya semula di kawasan yang berlaku penipuan dan menghentikan persempadanan semula yang dilakukan SPR.

Menurut Adam Adli, tuntutan tersebut adalah bagi memperbaiki sistem pilihanraya supaya hanya parti politik yang benar-benar mewakili majoriti suara rakyat dapat membentuk Kerajaan Persekutuan.

berkhemah black505 02“Kita kalah pilihan raya bukan kerana kita tak layak menang, mereka menang pilihan raya bukan kerana mereka berkaliber atau mereka memang layak untuk menang,? katanya.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah, Azmir Mustafa berkata tindakan berkhemah terpaksa diambil setelah semua saluran lain berdemonstrasi dan memfailkan petisyen mahkamah, tidak dipedulikan kerajaan dan SPR seperti.

?Kita dah cuba bermacam-macam. Kalau kita nak ikut petisyen, sebelum ini kita dah gunakan petisyen, tetapi jalan dia tetap cerita yang sama.

“Jadi ini sahaja jalannya, kita tunjukkan dimata dunia bahawa ini yang berlaku di dalam Malaysia,” kata Azmir.

Mohd Affandi Nordin, 20 tahun, dari Melaka pula berkata objektif perkhemahan ini dapat dicapai sekiranya semua pihak dapat bersatu hati memberikan tekanan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Pilihan raya semula haruslah diadakan dengan keadaan yang lebih telus berbanding penipuan yang berlaku dalam PRU-13 lalu,” kata Mohd Affandi.

Sebelum itu, Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin memberitahu tiga tuntutan terhadap SPR itu bukanlah suatu urusan politik, tetapi urusan masa hadapan rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.