Categories
NASIONAL

Kayuhan rakyat Mesir serlah solidariti rakyat Malaysia

kayuhan

GOMBAK 7 SEPT : Program Kayuhan Rakyat Mesir dari Gombak ke Genting Sempah menyerlahkan semangat rakyat Malaysia khususnya golongan muda yang cintakan keamanan dan menolak kekejaman seperti yang berlaku di bumi Mesir ketika ini.

Program anjuran Alternative Cycle Club (ACC) Gombak dan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) disertai kira-kira 50 penunggang basikal bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Mesir yang kini berjuang mengembalikan keamanan di negara mereka ekoran penahanan Presiden, Dr Mohamed Morsi oleh pihak tentera diketuai Jeneral Fatah Al Sisi, pada awal Julai lalu.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan ketika melancarkan acara berkata, ini tanda kerbersamaan rakyat Malaysia dengan rakyat Mesir dalam susah dan senang.

“Ia ingin mengajak masyarakat bersama supaya menimbulkan kesedaran bahawa kita juga merasai kepahitan dialami rakyat Mesir,” katanya.

Dalam majlis itu, Hasbullah menyaksikan penyerahan sumbangan daripada Dewan Pemuda PAS Gombak dan Syabab Care bernilai RM1,000 kepada penganjur.

Pengerusi ACC Gombak, Mohd Azlan Omar berkata, segala sumbangan diterima daripada program itu akan disalurkan menerusi ILMAM kepada rakyat di Mesir.

“Dalam program ini akan diselitkan beberapa aktiviti seperti tazkirah dikendalikan ILMAM dianggotai bekas siswa dari Mesir yang akan memperkatakan isu berkaitan Mesir.

“Selepas program ini, kelab merancang beberapa program susulan berbentuk kemasyarakatan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.