Categories
SELANGOR

Khidmat bas percuma : Rakyat tempatan didahulukan

Oleh : Naeem Raffi

SHAH ALAM 28 NOV : Kerajaan Negeri akan memberi keutamaan kepada rakyat tempatan tdalam pelaksanaan perkhidmatan pengangkutan bas awam percuma, kata Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang khim.

Beliau berkata, pelaksanaan inisiatif itu masih dalam peringkat perancangan kerana bergantung kepada kemampuan kewangan disebabkan tidak semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mampu melaksanakannya.

teng chang kim 1Chang Khim berkata, perkhidmatan bas percuma itu akan menjadi satu beban kepada kerajaan negeri jika dilaksanakan secara serta merta diseluruh kawasan PBT.

“Kita juga akan melihat kertas kerja daripada semua PBT dan mengkaji kemampuan kewangan, sama ada mereka mampu atau tidak. Jika tidak, kerajaan negeri terpaksa salurkan peruntukan dan kita dalam usaha mencari pilihan pelaksanaan terbaik sama ada membeli atau menyewa perkhdimatan bas sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu temubual eksklusif bersama Selangor Kini berhubung pelaksaan perkhidmatan bas percuma ke seluruh Selangor, di sini, semalam.

Sebelum ini Ahli Dewan Undnagan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim menyarankan kerajaan negeri mengenakan bayaran kepada warga asing bagi perkhidmatan bas percuma.

shuhaimi isu lompat partiSementara itu, ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berpandangan kerajaan negeri tidak wajar meminggirkan hak warga asing untuk turut sama menikmati manfaat perkhidmatan itu kerana mereka juga penyumbang kepada ekonomi negeri.

Menjawab persoalan itu, Chang Khim yang juga ADUN Sungai Pinang berkata, berdasarkan objektif utama pelaksanaan bas percuma adalah untuk membantu meringgan beban rakyat tempatan selain mengurangkan kesesakkan lalu lintas.

“Ini adalah perkhidmatan percuma, jadi kerajaan negeri bergantung kepada kemampuan kewangan hasil pengutan cukai yang berjaya dipungut daripada pembayar cukai. Sudah tentu golongan sasaran yang akan diberi keutamaan adalah rakyat tempatan dan bila mampu, baru perkhidmatan ini diberi kepada warga asing.

“Melihat kepada objektif mengurangkan kesesakan lalu lintas, seharusnya kita beri galakan kepada rakyat tempatan yang kebanyakannya menggunakan kenderaan sendiri. Kami akan memastikan bas percuma ini selesa dan mencukupi untuk keselesaan rakyat tempatan,” katanya.

Mengulas lanjut berhubung perdebatan itu, Chang Khim berkata, ia adalah satu yang positif apabila semua pihak mempunyai ruang dan hak untuk menyuarakan pendapat di dalam dewan persidangan.

“Ini menunjukkan kesuburan demokrasi di bawah Pakatan Rakyat (PR). Kita memberi ruang kepada semua pihak memberi pandangan tidak kira daripada Barisan Nasional atau komponen PR.

“Senario ini akan menghasilkan pandangan yang tepat daripada pelbagai sudut berhubung sesuatu isu. Jika tidak, kita hanya melihat daripada satu sudut dan kemungkinan besar akan membuat kesilapan dalam membuat keputusan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.