Categories
NASIONAL

Saman FELDA terhadap Wan Azizah didengar 29 Januari 2014

Oleh : Selangor Kini

SHAH ALAM 18 NOV : Mahkamah Tinggi menetapkan prosiding mendengar saman fitnah RM200 juta yang difailkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga yang lain, bermula 29 Januari 2014.

wan azizah pc purple 01Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wira Kamaludin Md Said menetapkan tarikh itu selepas bertemu kedua-dua pihak selepas kes itu dipanggil untuk pengurusan kes berhubung satu artikel berkenaan FELDA.

Peguam Wan Azizah dan tiga defendan lain, Cheng Mai, memberitahu media bahawa kedua pihak berkenaan sudah memfailkan kenyataan saksi bagi perbicaraan itu.

FELDA dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd memfail saman terhadap Dr Wan Azizah, bekas Naib Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali; Editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib dan Rusnizam Mahat yang menulis artikel itu atas dakwaan menyiarkan dua artikel memfitnah FELDA dalam akhbar berkenaan, pada 16 Ogos lalu.

FELDA mendakwa artikel bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ menjejaskan imej mereka yang disiarkan pada 22 dan 29 Jun lalu.

FELDA mendakwa penerbitan artikel itu boleh menjejaskan dan defendan sengaja menyiarkannya untuk merosakkan kepercayaan serta keyakinan penerokaa FELDA terhadap agensi itu. -BERNAMA-

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.