Categories
NASIONAL

Kerajaan belum puas ‘sesah’ PETRONAS walau dibayar RM70 bilion setahun

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG 27 DIS: Kerajaan Barisan Nasional (BN) memperoleh pendapatan kira-kira RM70 bilion setahun daripada pelbagai bayaran yang dibuat syarikat petroleum negara, PETRONAS.

Pengarah Startegi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, jumlah itu jauh berbeza ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih sebagai Menteri Kewangan yang hanya mengutip RM3 bilion sahaja daripada PETRONAS untuk tempoh sama.

Rafizi1-179x300“Untuk 2014, kemungkinan kerajaan akan membelanjakan kira-kira RM300 bilion. Dari mana dapat duit ini? Ketika Datuk Seri Anwar dahulu kita ambil daripada PETRONAS dua hingga ke tiga bilion setahun dan tidak pernah lebih.

“Daripada RM70 bilion yang diambil BN, RM30 bilion bentuk dividen setiap tahun, manakala RM40 bilion pula dalam bentuk cukai, eksais, duti dan lain-lain. Dulu kita ambil RM3 bilion boleh cukup, tetapi kini walau ambil RM70 bilion masih tak cukup juga,” katanya.

Rafizi berkata demikian dalam program Wacana Pemuda Turun Kos Sara Hidup yang turut dihadiri Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat, di Hotel KK, di sini, malam tadi.

Rafizi berkata, langkah itu akan merosakkan kelangsungan masa depan ekonomi negara kerana sumber kewangan daripada industri petroleum bukan berkekalan.

“Kita tengok Kementerian Perladangan dan Komoditi, yang perniagaan paling besar adalah kelapa sawit dan getah sahaja.

“Dalam belanjawan 2014 ada satu bajet untuk Strategi Lautan Biru Kebangsaan sebanyak RM40 juta. Bila saya tanya apa itu, jawapan yang diberikan, ‘macam yang Najib sebutlah’.

“Ini menunjukkan pihak berkenaan tidak tahu dan wang itu ikut suka menteri untuk membelanjakannya,” katanya.

Sementara itu, kementerian sama juga menerima peruntukan RM2.5 bilion bagi membiayai penyelidikan dan pembangunan (R&D) iaitu satu kos yang tidak munasabah untuk kerja R&D komoditi getah serta kelapa sawit.

Rafizi berkata, sikap pemimpin itu membuktikan kerajaan pusat lebih cenderung mengenakan tekanan terhadap rakyat dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, selain memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 berbanding mengawal nafsu berbelanja mereka.

“Kerajaan perkenalkan cukai sebab rasa rakyat tidak menolong, cuma kerajaan sahaja yang memberi. Tengok tahun 2003, kutipan cukai lebih kurang RM60 bilion lebih, berbanding kini yang mencecah sehingga RM190 bilion setahun,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.