Categories
NASIONAL

Malaysia harus contohi kaedah urus banjir Thailand dan Jepun

KUALA LUMPUR 7 DIS : Malaysia harus mencontohi Thailand dan Jepun dalam pengurusan banjir dan penempatan mangsa, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Kerajaan pusat dan juga Majlis Keselamatan Negeri hharus bersedia sepenuhnya menghadapi bencana ini kerana ia melanda saban tahun.

shamsul“Peruntukan berbilion ringgit yang dibelanjakan untuk rakyat bagi menghadapi masalah ini tidak berguna jika tidak ada koordinasi dan pengurusan yang efektif,” katanya yang dipetik daripada Keadilandaily, di sini, semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini menyatakan bahawa sistem pengurusan banjir di Malaysia antara yang terbaik di dunia, termasuk jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat.

“Tetapi, sebaliknya yang berlaku ketika banjir besar melanda negara kita, bukan sahaja bantuan lambat, tetapi mangsa banjir juga ditempatkan di pusat yang turut dinaiki air.

AMK_Banjir2“Adakah disebabkan kawasan Kuantan dan Indera Mahkota di bawah Pakatan Rakyat, maka bantuan lambat dihulurkan,” katanya.

Terdahulu, Shamsul melancarkan skuad khas AMK yang terdiri daripada 50 anggota dalam misi bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan dan negeri pantai timur.

Skuad khas AMK turut menyediakan empat buah bot disamping bantuan lori 10 tan yang terdiri daripada makanan dan barangan keperluan asas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.