Categories
SELANGOR

Pengusaha pelancongan diminta tingkat keselamatan

Oleh : Lizawati Madfa

SUBANG JAYA 10 DIS : Pengusaha industri pelancongan tidak boleh memandang remeh perkara-perkara berkaitan keselamatan para pengunjung, kata Elizabeth Wong.

1 (1)Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu berkata, faktor keselamatan adalah antara perkara penting dalam usaha menarik lebih ramai pelancong luar berkunjung ke negara ini, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2014.

Katanya, apabila isu keselamatan diutamakan, pelancong akan berasa lebih selesa dan senang hati untuk menghabiskan percutian mereka di sini.

“Kita tidak boleh menunggu sesuatu tragedi itu berlaku sebelum mengambil tindakan, adalah lebih baik untuk menyediakan payung sebelum hujan.

“Kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga supaya sebarang kejadian tidak diingini dapat dielakkan,” kata Elizabeth.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian seminar ‘Safety in Tourism’ yang diadakan di Hotel Grand Dorsett di sini.

4 (3)Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar pengusaha industri pelancong menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan bagi mewujudkan suasana selamat dan selesa kepada setiap pengunjung.

“Isu keselamatan ini bukan tertumpu kepada kejadian jenayah semata-mata tetapi lebih meluas contohnya seperti tempat tinggal dan pengangkutan.

“Apabila semua elemen ini dititiberatkan, maka pelancong akan mempunyai persepsi yang baik dan seterusnya tidak keberatan untuk bercuti di sini,” katanya lagi.

Seminar anjuran Tourism Selangor itu khusus diadakan bagi menyahut seruan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyaran langkah serius dan proaktif diambil dalam isu keselamatan industri pelancongan.

Lebih 100 orang yang terdiri daripada pengusaha hotel, ‘homestay’ dan anggota keselamatan menyertai seminar yang dianjurkan bersama Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Triway Network Sdn. Bhd itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.