Categories
NASIONAL

Bantah kenaikan cukai taksiran DBKL, warga KL diseru hadir perhimpunan

KUALA LUMPUR 13 DIS: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menyeru seluruh warga Kuala Lumpur dan Lembah Klang hadir ke himpunan membantah kenaikan cukai taksiran di hadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada 16 Disember ini.

“Saya menyeru supaya datang warga Kuala Lumpur dan Lembah Klang beramai-ramai ke Dataran DBKL, Isnin ini. Ahli Parlimen lain daripada Pakatan Rakyat (PR) di Kuala Lumpur akan turut bersama turun pada himpunan tersebut,” katanya, di sini, hari ini.

tian chua picKeadilan Daily melaporkan, Tian Chua berkata, tarikh berkenaan adalah pusingan akhir petugas kempen mengumpul surat bantahan cukai taksiran DBKL dan diserahkan terus ke ibu pejabatnya di Jalan Raja Laut, di sini.

“Sesiapa yang tidak sempat mengisi surat bantahan sebelum ini boleh mengisinya pada masa terbabit,” katanya.

Beliau kini ke seluruh Kuala Lumpur bagi mengumpul surat bantahan untuk diserahkan, pada 16 Disember ini.

Pada 18 November lalu, DBKL mengedarkan notis menyemak semula senarai nilaian cukai taksiran kepada pemilik rumah dan premis di Kula Lumpur, yang mana kadar kenaikan cukai taksiran itu dianggarkan lebih 100 peratus, bermula Januari 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published.