Categories
NASIONAL

Khai Loon beri keterangan di IPD Seberang Perai Tengah berhubung isu kangkung

SHAH ALAM, 24 JAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon semalam memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, berhubung tindakannya menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini. 

Lee yang dipetik daripada BERNAMA berkata, beliau menerima surat daripada Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, ASP Hasan Mohamad Salih, pada 21 Januari lalu yang memintanya datang ke Jabatan Siasatan Jenayah IPD berkenaan.

Katanya, beliau pergi ke IPD pada jam 2.30 petang dan polis merakam kenyataannya selama 40 minit.

lee khai loon“Saya memberi kerjasama sepenuhnya dan berharap keterangan itu dapat membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmatnya di Alma, di sini. hari ini.

Sementara itu, Lee berkata, ‘flash mob’ kangkung yang diadakan itu tidak membawa sebarang maksud untuk menghina sesiapa.

“Apa yang berlaku pada hari itu tidak membawa keganasan dan tidak membangkitkan sentimen dan saya hanya menggunakan kangkung sebagai satu contoh kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.