Categories
NASIONAL

Khai Loon : Flash mob kangkung tidak bermaksud hina sesiapa

SHAH ALAM, 19 JAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon, menjelaskan tindakan menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk makan kangkung tidak membawa maksud untuk menghina sesiapa.D

Katanya, tindakan menjemput Najib untuk makan kangkung tidak membawa maksud untuk menghina sesiapa berikutan pelbagai serangan peribadi terhadap beliau oleh pemimpin Umno-BN sejurus selepas flash mob “I LOVE Kangkung” yang diadakan jam 6.30 petang, pada 15 Januari lalu.

Khai Loon berkata, beliau tidak faham kenapa Umno-BN dan penyokong mereka menyamakan tindakan terbabit sebagai satu tanda penghinaan.

Lee Khai Loon“Sebenarnya, tindakan kreatif itu mempunyai simbolik yang menuntut Perdana Menteri supaya prihatin terhadap beban kehidupan rakyat jelata yang semakin berat akibat daripada harga barang naik.

“Kenyataan kangkung yang dibuat Perdana Menteri menunjukkan bahawa kerajaan pusat seperti bersikap lari daripada tanggungjawab mengawal harga barangan.

“Dengan itu, seluruh sosial media internet dan media massa penuh dengan pelbagai komedi serta sindiran yang berasaskan kangkung untuk menyindir Perdana Menteri,” katanya yang dipetik daripada Malaysia Kini, di sini, hari ini.

Khai Loon berkata, beliau dijadikan kambing hitam dan diserang secara peribadi yang sebenarnya hanya menunjukkan kenyataan serta perbuatan itu mempunyai jurang besar dengan pandangan realiti umum serta tidak memandang serius berkenaan kemarahan rakyat yang semakin panas.

“Antara faktor kenaikan harga barang adalah seperti amalan rasuah, ketirisan dan pemborosan oleh kerajaan pusat, selain pengurusan ekonomi yang lemah serta berpihak kepada syarikat besar.

“Kerajaan pusat yang lama diterajui Umno-BN menyebabkan hutang negara yang meningkat setiap tahun, defisit kewangan dan akhirnya rakyat biasa yang perlu tanggung akibat itu.

Kangkung3 (1)“Dengan itu, Umno-BN tidak dapat lari daripada tanggungjawab terbabit. Saya sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih perlu bertanggungjawab serta berani bersuara, bahkan tindakan mengkritik Perdana Menteri dan dasar kerajaan bukan sesuatu kesalahan.

Beliau menegaskan, tindakan flash mob terbabit bertujuan untuk mencerminkan pandangan awam dan pemimpin Umno-BN perlu memandang serius berkenaan masalah kenaikan harga barang.

“Saya akan terus mengadakan program komuniti untuk membantah cukai GST dan harga barang naik pada masa akan datang supaya suara rakyat berkenaan dengan keadaan serta pandangan mereka dapat disampaikan melalui pelbagai saluran.

“Saya berharap Perdana Menteri dan pemimpin Umno-BN boleh mendengar suara rakyat, suara keramat dan bukan terjerumus dalam serangan peribadi atau menaikkan semangat perkauman yang sempit.

Leave a Reply

Your email address will not be published.