Categories
SELANGOR

Kontrak hangus, Raja Ropiah terima ‘wang percuma’ RM13 juta

Oleh: NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA 8 JAN : Pemimpin Kanan Wanita Umno, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah secara dasarnya diberi ‘wang percuma’ RM13 juta ekoran terbatalnya perjanjian antara Boustead, Astacanggih dan Awan Megah bagi membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata tanggungjawab kontrak yang diberikan kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd untuk membina PUSPAHANAS sudah lama lupus, sekali gus terbatal.

Katanya, syarikat itu juga gagal mengemukakan bon tanah baru untuk projek terbabit seperti yang dikehendaki dalam perjanjian.

“Oleh itu, Ropiah mendapat wang percuma daripada projek yang masih berjalan itu. Jangan kita lupa, beliau masih mempunyai 90.25 hektar tanah di Bukit Raja,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Rafizi berkata, sebagai pemegang saham di dalam Boustead Holdings Berhad, beliau sudah menyemak sendiri perjanjian terbabit.

“Awan Megah dan Boustead perlu memenuhi syarat dalam tempoh tiga bulan daripada perjanjian itu ditandatangani.

Rafizi1-179x300“Sehingga kini, tiga syarikat itu memeterai perjanjian penswastaan baru bagi pembinaan PUSPAHANAS. Persetujuan kerajaan Selangor untuk memindahmilik tanah dan pembatalan perjanjian usahasama dengan GuppyUnip masih belum dipatuhi.

“Penyediaan bon tanah yang baru bernilai RM 87,554,408 untuk mengantikan bon tanah sudah lupus,” katanya.

Sehubungan itu, pembinaan PUSPAHANAS diteruskan melalui satu kontrak tidak sah dan tidak mematuhi syarat perolehan kerana Awan Megah sebagai penerima kontrak tidak menyediakan bon tanah.

“Perjanjian jual beli antara Boustead, Astacanggih dan Awan Megah terbatal dengan sendirinya apabila tempoh masa memenuhi syarat selama tiga bulan daripada tarikh perjanjian berakhir,” katanya.

Beliau juga kesal dengan Menteri Pertahanan ketika itu dan kini yang langsung tidak mempedulikan kemarahan rakyat apabila ratusan juta wang dibazirkan.

raja ropiah“Dengan terbatalnya perjanjian itu, bermakna wang deposit yang dibayar kepada Awan Megah sebanyak RM13 juta hangus begitu sahaja.

“Saya akan menulis secara rasmi kepada Ketua Audit Negara untuk mengaudit projek PUSPAHANAS dan pengurusan Boustead untuk mengesahkan status ini,” katanya.

Terdahulu, Rafizi mendedahkan Raja Ropiah melalui Alam Megah dianugerahkan tanah seluas 90.25 hektar secara percuma oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai balasan kepada kkerja merekabentuk dan membina sebuah kolej latihan tentera, pada tahun 2005.

Tanah terbabit yang terletak di kawasan ‘prime land’ antara Bukit Bandaraya Shah Alam dan Bukit Raja pada asalnya diambil kerajaan pusat dan digazetkan bagi tujuan membina kem tentera.

Raja Ropiah sebelum ini melalui syarikat miliknya, Alam Megah didakwa giat menjalankan usahamenjual tanah itu kepada Bakti Wira Development Sdn. Bhd iaitu sebuah syarikat milikan penuh Boustead Holdings Berhad.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.