Categories
SELANGOR

PRK Kajang : Guan Eng sokong pencalonan Anwar

SHAH ALAM, 30 JAN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata Pakatan Rakyat menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

“Kita tidak tahu apa yang berlaku yang membawa kepada bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan, tetapi selepas pertemuan dengan pemimpin PR di Kuala Lumpur, semalam, kami bersetuju Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil itu,” katanya yang dipetik daripada Malaysia Kini dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

Kelmarin, Lim berkata, beliau tidak dimaklumkan secara rasmi berkenaan perkembangan dalam PKR Selangor yang membawa kepada Chin Cheh mengosongkan kerusinya bagi membuka jalan untuk PRK itu diadakan.

guan eng editLim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata demikian sebelum bergegas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu mesyuarat.

Kenyataan Lim itu dibuat selepas Ketua DAP Selangor, Tony Pua, menyatakan sokongan kepada Anwar, manakala Pemuda PAS Kajang pula memberi amaran mungkin akan memboikot PRK itu yang perlu dipanggil dalam tempoh enam bulan.

Ketua PKR Selangor, Azmin Ali sebelum ini berkata, peletakan jawatan Chin Cheh adalah ‘langkah taktikal’ untuk membina momentum ke arah Pilihan Raya Sarawak dan Pilihan Raya Umum ke-14 yang boleh diadakan, seawal 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published.