Categories
SELANGOR

MPSJ FC mara ke final Piala FA

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 6 FEB: Kelab Bola Sepak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), MPSJ FC sekali lagi berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Piala FA selepas kali pertama melakukannya pada tahun 2011 dengan gelaran naib johan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Perhubungan Dan Komunikasi Korporat, Jabatan Perancangan Korporatnya, MPSJ FC dikatakan menempuh beberapa pusingan sebelum layak ke peringkat akhir.

Katanya, pada pusingan separuh akhir pasukan MPSJ FC menang 1-0 kepada pasukan Penjara seterusnya melayakkan diri ke peringkat akhir Piala FA.

“Sebelum itu, pada pusingan kedua pasukan MPSJ FC berjaya menewaskan pasukan Nilam Puri 2-1 dan PBSD Kuala Langat pada pusingan ketiga dengan mata 2-1.

logo mpsj“Pasukan MPSJ FC juga bertemu dengan pasukan Megah Murni pada pusingan suku akhir sebelum menang 3-0,” katanya.

Kelab MPSJ FC didaftarkan dengan Pesuruhjaya Sukan pada 2009, namun mula menyertai Liga Bolasepak Selangor (FAS) lebih awal iaitu, pada 2007.

Pasukan yang dianggotai kakitangan MPSJ dan bekas pemain negeri itu juga mewakili MPSJ di dalam Sukan Kerajaan Tempatan dan Sukan Persatuan Badan-Badan Berkanun Malaysia.

“Pihak Pengurusan Tertinggi MPSJ, Yang DiPertua, Datuk Asmawi Kasbi dan Timbalannya, Abdullah Marjunid juga memberikan sokongan padu kepada pasukan ini untuk mencapai tahap yang tertinggi, di samping menjulang nama MPSJ dalam arena bola sepak,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.