Categories
SELANGOR

PRK Kajang peluang pengundi hukum BN

KUALA LUMPUR, 5 FEB: Tan Sri Muhammad Muhd Taib menegaskan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang adalah peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghukum Barisan Nasional (BN) yang gagal menunaikan janji pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Memetik laporan Keadilan Daily, bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang berang terhadap kenaikan harga barang dan perkhidmatan ekoran kegagalan pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Tapi, Umno-BN jangan fikir bahawa rakyat lupa. Dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat, sudah tentu BN akan menghadapi ujian besar.

mat taib“Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu besar,” kata Muhammad.

Beliau berkata, PRK Kajang adalah waktu yang tepat kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, PRK Kajang juga tidak harus digunakan BN untuk menjatuhkan pihak lawan dengan pelbagai serangan peribadi.

“PRK Kajang bukannya isu peribadi. Sebab itu saya pesan kepada BN, jangan cuba jadikan PRK Kajang sebagai tempat menyerang isu peribadi.

“Isu peribadi sudah tidak laku. Tidak payah bawa isu remeh temeh kerana yang penting adalah masa depan rakyat dan negara.

“Isu hutang negara, isu subsidi yang ditarik balik. Ini yang lebih penting, selain ada isu lebih besar yang perlu disentuh dan dibahaskan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.