Categories
SELANGOR

FMFA : Mei Fun perlu mohon maaf kepada Kerajaan Selangor

Oleh : AFEEQA AFEERA

KAJANG, 20 MAC : Jingga 13 Malaysia mendesak calon MCA Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun untuk memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan Selangor kerana mengaitkan insiden kematian enam remaja dalam sebuah konsert di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, berkata kenyataan Mei Fun itu jelas menunjukkan keperibadian beliau yang suka menuding jari secara sembarangan tanpa alasan munasabah.

Beliau berkat,a umum mengetahui konsert Future Music Festival Asia (FMFA) berkenaan mendapat sokongan dan dorongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui sebuah agensi di bawahnya iaitu Malaysia Convention and Exhibiton Bureau.

fariz musa pic 3“Jingga 13 mendesak supaya Mei Fun memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor atas kenyataan liar dan tidak beretika terbabit, bahkan mengaitkan dengan isu yang tiada kaitan iaitu kewujudan rumah urut dan kafe siber di Selangor.

“Beliau harus sedar semua itu wujud sejak zaman Barisan Nasional (BN) lagi, justeru kita cabar supaya beliau membuktikan kenyataan yang dibuat,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (PKR), di sini, hari ini.

Fariz turut menyeru seluruh pengundi Kajang menolak calon BN yang memperlihatkan sikap sebenar beliau dengan memutar belit kenyataan sebagai modal memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kajang.

Beliau berkata, Umno-BN juga perlu bertanggungjawab terhadap penganjuran konsert FMFA yang bukan sahaja menjana keruntuhan moral generasi muda, malah memperlihatkan penggunaan dadah secara berleluasa.

Konsert Bukit Jalil“Rakyat Kajang tidak memerlukan seorang wakil rakyat yang tiada integriti dan kredibiliti seperti Mei Fun,” katanya.

Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA dalam satu kenyataan kepada portal Malay Mail sebelum ini mengaitkan kematian enam remaja kerana pengambilan dadah berlebihan di konsert FMFA dengan Kerajaan Selangor.

Beliau mendakwa kematian terbabit berpunca daripada peningkatan rumah urut dan kafe siber haram di Selangor.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.