Categories
NASIONAL

ABIM desak kerajaan BN henti amalan khurafat di KLIA

Oleh : NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 12 MAC: Majoriti rakyat di negara ini menyelar tindakan pimpinan negara yang menyokong perbuatan bomoh dalam usaha mencari pesawat MAS MH370 yang hilang, sejak 8 Mac lalu.

Perbuatan bomoh itu dianggap melampau kerana melanggar hukum Islam dan harus segera dihentikan kerajaan kerana membawa kepada syirik.

Laman Facebook milik Naib Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM), Fadhlina Sidek memperlihatkan bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menggunakan khidmat bomoh dalam usaha merungkai persoalan kehilangan pesawat berkenaan.

kakfadhkakfadh“Saya fikir sebagai orang beriman, kita mesti serius dengan menghantar mesej keras kepada pimpinan negara agar menghentikan amalan khurafat dan syirik di KLIA ini.

kakfadh“Saya rasa sangat malu sebagai sebuah negara Islam dan kepimpinan Islam, kita langsung tidak sensitif dengan isu syirik ini. Saya tahu ramai ahli politik negara bergantung kepada bomoh dan saya tahu bomoh mana yang berulang alik ke rumah pemimpin negara.

Fadhlina menerusi akaun Facebook itu juga berkata, cukup untuk mempercayai bomoh untuk kepentingan diri tetapi jangan sampai mengheret aqidah rakyat dan memalukan negara.

“Syirik ini dosa besar, hanya terampun dengan taubat nasuha.

“Di saat ini kita tidak memerlukan bomoh memakai sut dan name tag untuk mencari pesawat. Ini orang sewel dan sakit mental. Ritual khurafat tanda jiwa kusut dan iman songsang.

“Yang kita sangat perlukan adalah rahmat dan pertolongan Allah. Jika masih tidak yakin dengan Allah, itu kekacauan iman yg kronik!” katanya.

ustazahAkaun milik penceramah, Ustazah Norhafizah Musa turut memperkatakan isu berkenaan khidmat bomoh yang dilihat jauh menyimpang daripada Islam.

“Ya Allah….sungguh pedih sekali ‘KEHILANGAN’ dalam hidup…namun ada yang lebih pedih..bahaya..dan kemuncak kemusnahan…APABILA HILANG ‘ALLAH’ DARI HIDUP…maka hidup akan berjalan tanpa akses dengan pusat kawalan al-Quran dan al-Sunnah.

“Hidup sudah tidak berjalan pada laluan radar..orang lain semakin dekat dengan syurga..saat kita kehilangan ‘ALLAH’ dalam hidup..rupa-rupanya perjalanan kita melencong menjauhi syurga mendekati neraka. Nau’zubillahi…,” katanya.

hafiziSementara itu, Hafidzi Mohd Noor, dalam akaun Facebooknya berkata, tindakan menggunakan bomoh itu seperti rancangan Maharaja Lawak.

“Macam acara Maharaja Lawak. peserta dengan prop masing masing. Kelmarin dengan bubu dan teropong buluh. Ini dengan 2 biji tembikai pula.

“JAKIM, Jabatan Agama, Mufti dan PPIM harap dapat buat sesuatu,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.