Categories
SELANGOR

Kerajaan negeri fokus konsep memasyarakatkan kebajikan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 MAC: Kerajaan negeri memfokuskan konsep memasyarakatkan kebajikan dengan menggalakkan pembabitan masyarakat antaranya badan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan dan komuniti untuk menyelesaikan masalah kemiskinan yang dihadapi rakyat Selangor.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata kebajikan terbaik adalah dengan memastikan kesejahteraan rakyat diutamakan dan bukannya bersandarkan kepada pemberian bantuan daripada kerajaan sahaja.

rodziah pc green 20 jul 01Beliau berkata, konsep ‘datang dan bantu’ yang diamalkan sebelum ini tidak menyelesaikan masalah kemiskinan dalam konteks kebajikan walaupun kerajaan negeri mensasarkan 30 peratus rakyat keluar daripada kelompok kemiskinan setiap tahun.

“Kebajikan pada penggal ini, kita memfokuskan konsep memasyarakatkan kebajikan yang dilihat belum kemas yang mana kebajikan itu jika kita serahkan 100 peratus kepada kerajaan tanpa membabitkan kerjasama daripada masyarakat.

“Jika kerajaan negeri pada penggal lepas mensasarkan sebanyak mungkin mpihak yang memerlukan bantuan untuk terus diberi bantuan, namun kebajikan terbaik sebenarnya adalah memastikan kesejahteraan.

“Saya turut menerbitkan buku panduan Hidup Memberi Asas Bermasyarakat di mana kandungannya menunjukkan pandangan saya berkenaan apa yang disebut sebagai kebajikan,” katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian, baru-baru ini.

Rodziah Ismail Rasmi Pusat Siber Rakyat 04Pada masa sama, Rodziah berkata, kerajaan negeri turut memberi penekanan dengan meningkatkan ruang dan sistem sokongan bagi membolehkan seseorang individu lebih berdikari untuk menjana pendapatan tambahan.

Katanya, peluang kerja akan disediakan bagi sesiapa yang layak melalui tunjuk ajar daripada kerajaan negeri supaya mereka membuat sesuatu yang betul tanpa melanggar undang-undang.

“Kita lihat dengan memberi kemahiran tambahan seperti ini, suri rumah juga berpeluang untuk bekerja dan meraih pendapatan bagi membantu keluarga atau kita lihat dalam sesebuah keluarga yang mana tenaga boleh dilatih untuk digunapakai, kita galakkan dan beri khidmat sokongan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.