Categories
SELANGOR

Muhyiddin berdongeng, nafi BN tidak terbabit rayuan kes Anwar

KUALA LUMPUR, 21 MAC: Dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa keputusan penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kaitan dengan Barisan Nasional (BN) hanya dongeng Timbalan Perdana Menteri itu.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Muhammad Nur Manuty, berkata kaitan BN terbabit dengan kes berkenaan adalah disebabkan sistem kehakiman negara di peralatkan.

“Seharusnya pendengaran rayuan kes terbabit, pada April ini, tetapi dipercepatkan kerana BN takut Anwar bertanding di Kajang.

Nur-Manuty“Ini adalah dongeng kosong, siapa yang tidak prihatin dengan persoalan ummah (rakyat), maka dia bukan pengikut Rasulullah SAW. Ini adalah hadis sahih, bermakna Muhyiddin tak faham hadis Rasulullah SAW,” katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily, di sini, hari ini.

Beliau turut mengulas kempen Muhyiddin di Kajang apabila menggesa Puteri Umno supaya tidak terpedaya dengan papan iklan yang memaparkan gambar calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sedang berdoa.

Dr Muhammad Nur membidas dakwaan Muhyiddin yang menyatakan gambar itu adalah bagi meraih simpati masyarakat berikutan keputusan mahkamah ke atas Anwar.

“Memang semua orang simpati dengan apa yang berlaku ke atas Datuk Seri Anwar. Ini tidak boleh dinafikan.

“BN takut rakyat tidak undi mereka. Tambahan pula, tak ramai yang hadir ke ceramah BN seperti Pakatan Rakyat sehingga memaksa BN
membawa orang luar untuk dengar ceramah mereka,” katanya.

Saifuddin-Nasution_smallSementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika berucap di Stadium Kajang, berkata sebagai Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin harus berkempen lebih profesional setaraf dengan jawatan beliau.

“Kita ingatkan bila memegang jawatan itu, maka konsep kempen lebih profesional tetapi tidak apabila billboard (papan iklan) Wan Azizah yang sedang berdoa juga hendak dikomen.

“Seharusnya beliau (Muhyiddin) tidak perlu komen atau beri pesanan kerana itu bukan taraf orang nombor dua negara. Tetapi, nak buat macam mana, memang begitu taraf pimpinan Umno,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.