Categories
SELANGOR

PRK Kajang : Wan Azizah ganti Anwar bertanding

Oleh : NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 9 MAC: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipilih menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, pada 23 Mac ini.

Keputusan itu diumumkan Anwar di Bilik Gerakan PRK DUN berkenaan, di Batu 12, Kajang, kira-kira jam 1.30 petang tadi.

WAN AZIZAHWan Azizah dipilih menggantikan Anwar selepas Ketua Umum PKR itu terlucut kelayakan bertanding selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara ke atas beliau membabitkan kes bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, pada 7 Mac lalu.

Wan Azizah bakal berdepan dengan calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun dan calon bebas yang juga bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya yang juga daripada PKR, Lee Chin Cheh meletak jawatan, pada 27 Januari lalu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.