Categories
SELANGOR

Salimah gesa Kerajaan Pusat sekat hiburan maksiat

OlehL AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 31 MAC: Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) menyifatkan alasan persembahan hiburan tidak boleh disekat kerana negara mempunyai pelbagai kaum dan memajukan industri pelancongan sebagai dangkal dan menunjukkan sikap liberal keterlaluan.

Hal ini kerana lambakan konsert hiburan maksiat yang dianjurkan kini banyak bertentangan dengan syariat Islam sehingga mengakibatkan keruntuhan akhlak ganerasi muda.

IMG_4412Ini termasuk dengan penganjuran konsert Future Music Festival Asia 2014 yang mengakibatkan enam orang anak muda meninggal dunia.

Timbalan Yang Dipertua Salimah, Rubiyah Haron berkata, gejala keruntuhan akhlak yang berkembang akibat budaya hiburan yang bebas dan liar menyaksikan betapa ganerasi muda menjadi sasaran.

“Konsert seperti ini bukan sahaja tidak melambangkan budaya masyarakat tempatan malah jelas bertentangan dengan Islam.

“Lebih mengejutkan lagi ada pihak yang mendakwa konsert itu dapat menarik pelancong serta meningkatkan pendapatan negara.

“Kami berpendapat ini adalah pandangan songsang. Lantaran suara sebeginilah yang menyebabkan pendirian sebahagian masyarakat yang membantah acara hiburan melmpau ini tidak diendahkan,” katanya dalam satu sidang media.

Tambahnya, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan harus menunjukkan pendirian konsisten yang berpegang kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan dengan meletakkan Islam sebagai teras kebudayaan negara.

“Kami menggesa ketegasan pihak berkuasa agar kebudayaan dalam bentuk seni yang dipentaskan dalam acara hiburan hendaklah tidak bercanggah dengan syariat Islam,” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.