Categories
SELANGOR

Doakan agar Dj Mansor kembali sihat

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 18 APRIL : Exco Belia, Sukan dan Kemudahan Infrastuktur Awam, Dr Yunus Hairi berkesempatan meluangkan masa melawat Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat Media Selangorku, Mansor Abu Bakar yang kini kritikal di Hospital Sentosa Klang, semalam.

Mansor yang lebih dikenali sebagai DJ Mansor terlantar di hospital terbabit sejak minggu lalu akibat komplikasi kesihatan demam denggi, jantung, darah tinggi dan paru-paru.

IMG-20140417-WA0050Beliau kini bergantung dengan bantuan pernafasan melalui mesin.

“Saya mengambil kesempatan ini merakamkan kesedihan saya kepada ahli keluarga Saudara DJ Mansor, seorang tenaga penting di sebalik penerbitan TV Selangor yang kini di dalam keadaan yang agak kritikal.

“Saya mengenali Saudara DJ Mansor dengan agak rapat kerana beliau sentiasa menghubungi saya untuk mendapatkan sebarang maklumbalas berkenaan isu-isu di Selangor dan aktiviti serta program di bawah portfolio jagaan saya untuk disebarkan melalui TV Selangor,” katanya.

Yunus berharap semua pihak mendoakan kesihatan DJ Mansor dan sekeluarga dapat bersabar dan tenang menghadapi dugaan itu.

Turut menziarahi DJ Mansor ialah Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.