Categories
SELANGOR

MB: Usaha dipergiat naikkan paras simpanan air mentah

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 22 APRIL: Kerajaan Selangor giat menaikkan paras simpanan air mentah terutama di Empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus keperluan air ke Lembah Klang.

Ia sebagai sebagai persediaan menghadapi musim kering dijangka lebih teruk pada Mei hingga akhir September tahun ini.

MBMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB) sedang meneroka kolam bekas lombong di kawasan Lembangan Sungai Selangor.

Ia bertujuan mengepam air mentah dari kolam takungan bekas lombong ke Sungai Selangor.

Setakat 20 April 2014, paras Empangan Sungai Selangor terus menurun hingga ke bawah 40 peratus dengan simpanan air mentah di empangan itu sebanyak 89.29 Juta Meter Padu atau 38.82 peratus berbanding 235.32 Juta Meter Padu jika empangan penuh 100 peratus.

“Dengan cara ini, pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor dapat dikurangkan dan air di empangan mampu bertahan lama,” kata Abdul Khalid dalam kenyataan media.

Abdul Khalid berkata, LUAS dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga menjalankan aktiviti mengepam air sungai hasil hujan lebat di hilir untuk ditakungkan ke kolam sekitar Sungai Selangor untuk digunakan pada musim kering nanti.

“Kita mengenal pasti untuk membeli pam berkeupayaan melakukan kerja ini berbanding menyewa pam daripada pihak luar kerana ia lebih menjimatkan,” kata Abdul Khalid.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.