Categories
KENYATAAN MEDIA

MPK beri tawaran khas RM15 kompaun letak kereta

Oleh :  Bahagian Komunikasi dan Perhubungan Pelanggan MPK

Pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) bakal mengadakan Kempen Tawaran Khas RM15.00 ke atas kompaun letak kereta mulai 1 Mei 2014  sehingga 31 Mei 2014 dan tawaran itu tidak termasuk kesalahan bagi halangan petak Orang Kelainan Upaya (OKU).

Pengarah Jabatan Korporat Dan Kemasyarakatan MPK, Zaireezal Ahmad Zainudin  berkata, tawaran khas bagi kompaun letak kereta yang ditawarkan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan di mana orang ramai yang mengambil peluang tersebut untuk menjelaskan kompaun-kompaun tertunggak mereka.

Menurutnya, kempen yang diadakan juga akan membantu pelanggan yang tidak berkesempatan untuk menjelaskan kompaun mereka yang terdahulu dapat melangsaikannya mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

“Orang ramai  digesa untuk mengambil peluang yang ada untuk menjelaskan kompaun-kompaun mereka sebelum tempoh tawaran tamat pada 31 Mei ini  dan semakan boleh dibuat di Kaunter Dewan Hamzah MPK, Pejabat Cawangan Tengku Kelana dan kaunter van bergerak manakala bayaran boleh dibuat di semua kaunter-kaunter bayaran Majlis.

“Selain daripada itu, orang ramai boleh membuat semakan dan bayaran pada hari Sabtu dan Ahad di kaunter-kaunter Pasaraya terpilih seperti di AEON Jusco Bukit Tinggi, AEON Jusco Bukit Raja, GIANT Hypermarket Bukit Tinggi dan AEON BIG di Jalan Kapar mengikut jadual yang telah ditetapkan” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.