Categories
SELANGOR

Sultan Selangor puji pentadbiran Khalid, bukti PR lebih baik banding BN

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 8 APRIL: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution menyifatkan pujian yang dilontarkan DYMM Sultan Selangor membuktikan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jauh lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Alhamdullilah, DYMM Sultan Selangor memuji pentadbiran Khalid kerana beliau mewakili PKR dan PR. Hal ini menunjukkan PR jauh lebih baik daripada BN mengikut rekod pentadbiran Selangor,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Masa Depan Bersama di Hotel Media, Tropicana, di sini, hari ini.

saifuddin nasutionSemalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah dalam ucapan pembukaan Sidang Dewan Negeri Selangor memuji kebijaksanaan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Abdul Khalid mentadbir urus Selangor, sejak enam tahun lalu.

Antara yang disentuh baginda termasuk kejayaan Kerajaan Negeri mencatat pertambahan rizab daripada RM400 juta ketika mula mengambil alih pentadbiran pada 2008 kepada RM2.9 bilion, pada 7 Mac lalu.

Baginda turut bertitah, menyatakan sokongan dan restu atas usaha Kerajaan Negeri menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Pusat bagi mengambil alih empat syarikat konsesi air di Selangor.

Sultan Sharafuddin bertitah, baginda menganggap perkara itu sebagai usaha menguntungkan rakyat Selangor yang akan terus menikmati bekalan air percuma 20 meter padu setiap bulan dan memastikan kadar tarif yang munasabah.

MB Khalid Ibrahim Rakyat 01Baginda juga bertitah, usaha Kerajaan Negeri mengadakan pelbagai program bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikkan rakyat Selangor tanpa mengira kaum juga adalah satu usaha murni yang wajar dibanggakan.

Sultan Sharafuddin juga memuji usaha Kerajaan Negeri menyediakan lebih banyak jenis rumah mampu milik khusus bagi memenuhi keperluan dan permintaan rakyat berpendapatan rendah serta sederhana di negeri itu.

Titah baginda lagi, kejayaan Kerajaan Negeri membentangkan belanjawan berimbang selama enam tahun berturut-turut adalah hasil daripada sikap berintegriti, berhemah dan menerapkan nilai untuk wang (value for money) yang diamalkan itu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.