Categories
NASIONAL

BN jangan cuba manipulasi Raja Melayu dalam kempen

SHAH ALAM, 30 MEI: DAP menggesa BN berhenti menipu dengan mendakwa DAP tidak menghormati kemangkatan almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dengan meneruskan ceramahn di Jalan Mahkota, Teluk Intan, semalam.

Memetik laporan Malaysia Kini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu berhenti mengaitkan Raja-Raja Melayu dalam kempen mereka kerana BN turut mengadakan ceramah di Dataran Menara Condong, semalam.

lim guan eng“Ini sungguh tidak bertanggungjawab dan bermoral cuba mainkan api perkauman.

“BN juga adakan ceramah. Bukankah mereka juga terdesak, kalau BN tidak buat ceramah tidak mengapa tetapi mereka juga cuba buat ceramah.

“Kalau BN buat, pembangkang tidak boleh buat,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Sebelum ini, Muhyiddin berkata, kononnya DAP mungkin terdesak kerana masih mengadakan program ceramah ketika seluruh negeri Perak sedang berkabung atas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.