Categories
NASIONAL

Hadapi krisis kredibiliti, lebih ramai anak muda tolak BN

BALING, 24 MEI: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyifatkan peristiwa berdarah Memali menjejaskan imej kerajaan Umno-BN keseluruhannya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Taib berkata, dengan pendedahan terbaru bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Musa Hitam dan diakui sendiri Tun Dr Mahathir Mohamad, maka ‘krisis kredibiliti’ sedang berlaku.

“Ada satu krisis kredibeliti sekarang, krisis kewibawaan. Maka, ini kena ada satu penyelesaian segera,” katanya pada ceramah Himpunan Keadilan Untukmu Memali, di sini, semalam.

mtaib-kajangMemetik Harakah Daily, Mat Taib berkata, jika kerajaan BN masih tidak mahu memperbetulkan fakta sejarah Memali, maka parti itu perlu bersedia untuk menerima hakikat lebih ramai anak muda akan menyanggah perjuangan BN.

“Seperti calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya dan lebih ramai lagi anak muda akan lahir menyuarakan pendapat mereka serta menyanggah perjuangan BN kerana krisis kredibiliti ini,” katanya.

Katanya, satu lagi perkara yang menjadi bahan lawak kepada rakyat adalah cara kerajaan menangani isu Memali ini juga kata beliau.

Mat Taib berkata, hal itu tidak ubah seperti isu panda, kangkung dan membeli seekor ayam dengan harga RM1 yang kini menjadi bahan ejekan rakyat kepada kerajaan BN.

“Bagaimana kerajaan boleh buat cerita fitnah bunuh begini. Saya baca dalam al-Quran, kalau kita bunuh orang beriman akan masuk dalam neraka dan kekal di dalamnya,” katanya.

memaliKatanya, peristiwa Memali yang mengorbankan 14 orang termasuk Ustaz Ibrahim Mahmud atau ustaz Ibrahim Libya berlaku setahun sebelum beliau menjadi menteri besar Selangor.

Beliau berkata, ia adalah satu tindakan kezaliman dan kerajaan perlu segera meminta maaf dan membetulkan segera fakta itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.