Categories
NASIONAL

Individu luar ganggu pemilihan PKR, kewujudan samseng bagai dirancang

Oleh: NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 21 MEI: Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi amaran keras jika berlaku lagi pembatalan dalam pemilihan semula yang akan diadakan bulan depan.

Pengerusinya, Datuk Johari Abdul, berkata rakaman melalui Kamera Litar Tertutup (CCTV) akan dipasang semasa pemilihan berlangsung.

Katanya, JPP akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Disiplin dan semua cabang harus menyediakan kemudahan yang cukup bagi memastikan rakaman berjalan dengan lancar.

johari-abdul“Jika dibatalkan sekali lagi, JPP tidak akan teragak-agak untuk mengemukakan kepada parti supaya menggantung cabang yang tidak memberi keselesaan kepada pengundi.

“Jika tidak boleh kawal penyokong, kita akan batalkan pemilihan dan menggantung atau hilang kelayakan untuk bertanding. Ia akan diambil alih dari negeri atau pusat,” katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Johari berkata, PKR mengambil serius perbuatan yang tidak patut berlaku ketika pemilihan dijalankan.

Selain itu, beliau memaklumkan kekecohan ala ‘hooliganisme’ (samseng) yang berlaku di beberapa cabang seluruh negara mempunyai corak tertentu.

f16a47a8463efec072df88eeef83119cKatanya, panel JPP sedang meneliti rakaman video yang dikatakan mengandungi bukti terdapat individu luar yang melakukan kekecohan ketika pemilihan berlangsung, sebelum ini.

“Melalui penelitian rakaman video, JPP dapat mengenal pasti individu luar berdasarkan beberapa aspek seperti warna baju yang dipakai.

“Mereka ini mensasarkan peti undi tertentu dan ia dilakukan selepas makan tengah hari sekitar jam 2.30 petang sehingga lima minit sebelum pusat undi ditutup.

“Kita juga tidak tahu sama ada wujud istilah mengupah atau tidak tetapi jika ada bukti mengesahkan benar, parti akan membuang keahlian sesiapa yang terbabit,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.