Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR: 13 cabang Selangor undi semula 7 Jun

SHAH ALAM, 24 MEI: Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) menetapkan 13 kawasan di Selangor akan melakukan pemilihan semula mulai 7 sehingga 22 Jun ini.

Antara cabang yang dikenal pasti adalah Petaling Jaya Selatan, Kelana Jaya, Shah Alam, Subang, Klang, Kota Raja, Kapar, Selayang, Sabak Bernam, Sungai Besar, Kuala Selangor, Ulu Selangor dan Hulu Langat.

Pengerusinya, Datuk Johari Abdul, berkata tarikh pemilihan semula tidak akan dijalankan serentak bagi memastikan kekecohan yang pernah berlaku sebelum ini dapat dikawal sepenuhnya.

johari abdul parlimen 01“Kita tetapkan 31 Mei ini untuk mulakan pemilihan semula tetapi memandangkan ada cabang yang memiliki pengundi ekstrem dan tidak mampu dikawal serentak, maka JPP tetapkan tarikh berasingan.

“Di Selangor, kita mula pemilihan semula pada 7 Jun ini tetapi tempat pengundian belum diputuskan dan akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di seluruh negara kecoh dengan beberapa cabang diisytiharkan sebagai tidak sah dan perlu diadakan pengundian semula.

Ia membabitkan 35 cabang dan dijangka selesai sepenuhnya Jun ini sebelum keputusan penuh diumumkan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.