Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR: Undian jawatan Ketua Wanita semakin sengit, hangat

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 4 MEI: Pencabar bagi jawatan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail dalam Pemilihan PKR 2014 berpendapat undian yang diperoleh dalam pusingan pertama minggu lalu membuktikan beliau seorang pencabar hebat bagi penyandang jawatan terbabit, Zuraida Kamaruddin.

Rodziah berkata daripada lima negeri yang membuang undi, empat negeri dari Semenanjung menunjukkan penerimaan kepimpinan beliau sebagai Ketua Wanita PKR.

pemilihan-2014“Bagaimanapun, di Sarawak saya kurang mendapat undi, tetapi empat negeri di Semenanjung boleh dikatakan menerima kepimpinan saya.

“Saya rasa jumlah itu cukup baik, walaupun saya ketinggalan sebanyak lebih 600 undi dari penyandangnya, namun saya rasa pusingan pertama ini cukup baik bagi saya.

“Jumlah undian setakat ini membuktikan kedua-dua pimpinan mempunyai indikasi yang baik dari segi persaingan,” katanya ketika di hubungi Selangor Kini.

Rodziah berharap pada pusingan kedua itu nanti beliau akan beroleh keputusan yang lebih baik.

rodziah-ceramah-biru-01“Tawaran saya, berpegang pada prinsip wanita mesti diberikan keyakinan dan perubahan kerana perubahan itu bukan satu perkara yang negatif.

“Saya yakin dengan prestasi yang ditunjukkan di Selangor akan cuba dilaksanakan di luar sana.

“Isu orang mempertikaikan kesibukan saya, bukan satu isu. Bagi saya kadang-kadang orang sibuk lebih pandai menguruskan masa,” katanya

Perebutan bagi jawatan Ketua Wanita PKR masih diungguli penyandangnya, Zuraida Kamaruddin dengan 1,789 undi manakala pencabarnya, Rodziah Ismail mendapat 1,106 undi.

Keputusan penuh boleh diperolehi dengan melayari di laman web
hppt://pemilihan2014.keadilanrakyat.org.

Minggu pertama pengundian berakhir 27 April lalu membabitkan pemilihan di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Johor dan Melaka.

Proses pengundian akan disambung 2 Mei di Perlis, Kedah dan Sabah diikuti Pulau Pinang, Perak dan Sabah (4 Mei), Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan (10 Mei) dan Selangor (11 Mei).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.