Categories
NASIONAL

Pemilihan semula 35 cabang PKR akan selesai akhir Jun

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 MEI: Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membabitkan 35 cabang yang sebelum ini dibatalkan kerana beberapa masalah dijangka selesai hujung Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Johari Abdul, berkata semua cabang itu akan diadakan semula pemilihan bermula 31 Mei ini dan dijangka berakhir, pada 22 Jun ini.

Katanya, 22 daripada 35 cabang itu akan memulakan proses pengundian dsemua peringkat dengan menggandakan segala bentuk penambahbaikan ketika proses pengundian berlangsung.

johari-abdul“22 cabang bakal melakukan proses pengundian di semua peringkat dan semestinya penambahbaikan dan kelemahan yang dikenal pasti ketika proses sebelum ini bakal kita laksanakan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Johari berkata, pemilihan semula membabitkan cabang Sabak Bernam, Sungai Besar, Subang, Klang, Kota Raja, Selayang, Kuala Selangor, Kapar, Ulu Selangor, Hulu Langat, Petaling Jaya (Selatan), Kelana Jaya dan Shah Alam bagi peringkat Selangor akan diadakan pada 7 hingga 22 Jun ini.

Beliau menjelaskan bahawa Shah Alam turut termasuk dalam pengiraan walaupun tidak memerlukan proses pengundian semula, namun disebabkan beberapa masalah teknikal yang memerlukan tambahan masa terpendek.

Selain itu, Johari turut mengumumkan bahawa semua cabang di Terengganu termasuk Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun dan Pengerang yang ditangguhkan proses pengundiannya dibuat, pada 31 Mei ini.

Kongres PKR 05JPP bakal mengadakan proses yang sama di Tenggara, Bukit Katil dan Sungai Petani, pada 1 Jun ini.

Pada 7 Jun pula, proses tersebut bakal mengambil tempat di Jerantut, Paya Besar, dan Pasir Putih.

Seterusnya, pada 8 Jun in pemilihan semula akan berlangsung di Batang Sadong, Julau, Kapit dan Sarikei.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.