Categories
NASIONAL

Raja Nazrin Shah diisytihar Sultan Perak Ke-35

SHAH ALAM, 29 MEI: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini diisytihar sebagai Sultan Perak Ke-35 menggantikan ayahanda baginda, Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam.

Perkara itu diumumkan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebelum istiadat pengkebumian Almarhum Sultan Azlan Shah.

Memetik Malaysia Kini, keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang baru dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak, petang semalam.

a4f18f794bb11df59f17eb8a74100e93Raja Nazrin diputerakan pada 27 November 1956 dan putera sulung Sultan Azlan Shah.

Baginda berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Sultan Azlan Shah mangkat pada jam 1.30 tengah hari semalam dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.