Categories
NASIONAL

Tempelak Dyana, Shahrizat buktikan pemimpin Umno dangkal

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 MEI: Kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap calon Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya membuktikan kedangkalan pemimpin parti itu terserlah.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Islam Selangor, Rodziah Ismail, berkata Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno tidak seharusnya memperkecilkan calon wanita itu.

Katanya, Shahrizat perlu berdiri di belakang wanita lain menyatakan sokongan selaras dengan hasrat Kerajaan Pusat untuk memartabatkan golongan itu.

rodziah-ceramah-biru-01“Shahrizat sepatutnya mengambil pendekatan berbeza. Bila isu membabitkan wanita, tidak seharusnya direndahkan.

“Tidak harus menjatuhkan martabat calon, beliau harus berdiri menyatakan sokongan tidak kira partinya atau pembangkang,” katanya kepada ketika ditemui selepas program Sambutan Hari Ibu peringkat negeri 2014, di Kompleks Kebudayaan, di sini.

Rodziah berkata, tindakan menjatuhkan calon dengan memainkan isu seksis dan memperlekehkan adalah satu objek serangan yang tidak munasabah.

Dyana Sofya Mohd Daud 2013“Beliau jangan lupa, saranan kerajaan yang mahu 30 peratus pembabitan wanita dalam sebarang bidang.

“Oleh itu, mengapa beliau (Shahrizat) menempelak Dyana. Itu kedangkalan pemimpin Umno dan pemimpin wanita yang mahu menjatuhkan kredibiliti wanita lain, ” katanya.

Sebelum ini, Shahrizat mendakwa peguam yang berusia 27 tahun itu (Dyana) sanggup membiarkan diri diperalatkan DAP seterusnya merendahkan Dyana sebagai calon wanita.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.