Categories
SELANGOR

19 kolam sumber alternatif diwarta sebagai zon perlindungan

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM, 18 JUN: 19 kolam sumber air alternatif seluruh negeri dikenalpasti untuk diwartakan sebagai zon perlindungan.

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Md Khairi Selamat, berkata kriteria pemilihan kolam itu berdasarkan saiznya yang melebihi 10 ekar, lokasi berhampiran dengan sungai, mempunyai akses mudah masuk dan kedudukan berhampiran muka sauk.

EmpanganKatanya, berdasarkan keputusan analisis pensampelan yang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) pada 2011 hingga 2013, kualiti air kolam itu mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kolam ini digunakan untuk meningkatkan paras air di Sungai Selangor bagi membekalkan air kepada loji pembersihan air (LPS) ketika berlakunya kekurangan sumber air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Seminar Makluman Status Semasa Sumber Air Alternatif yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi, berkata penggunaaan kolam sumber air alternatif bukan pelan diwujudkan saat akhir ketika berlakunya kekurangan air tetapi melalui LUAS ia mengenalpasti perkara terbabit, sejak 2005.

IMG_4088a“Analisa pensampelan terkini dilakukan KKM menunjukkan kualiti kolam air mematuhi piawaian. Malah, sampel air yang diambil di dasar lombong adalah lebih bersih berbanding sampel air di permukaan,” katanya.

Seminar penerangan itu turut menampilkan pembentangan kertas kerja daripada LUAS, Jabatan Kesihatan Selangor, Jabatan Kimia Malaysia dan Univerisiti Putra Malaysia (UPM).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.