Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Kemahiran menjahit buka peluang kaum ibu bina kerjaya

Oleh: NORHAYATI UMOR

BANGI, 25 JUN: Seramai 30 orang yang terdiri daripada kaum wanita dari Taman Universiti dan Sungai Tangkas berjaya menamatkan kursus jahitan dan menerima sijil sempena Hari Graduasi Bengkel Jahitan yang diadakan di Surau An-Najah, di sini, baru-baru ini.

Sijil tamat kursus disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr Shafei Ngah.

DSC_0078Pengiktirafan itu berdasarkan pencapaian peserta dalam bidang jahitan hasil mengikuti bengkel intensif selama hampir empat bulan yang diadakan setiap hujung minggu.

Dr Shafei dalam ucapannya berkata, program khas yang disediakan Pusat Khidmat ADUN Bangi itu diharap dapat memberi manfaat kepada peserta.

“Saya juga mengharapkan kaum wanita terus berusaha menimba ilmu pengetahuan dalam bidang jahitan ini seterusnya dapat membabitkan diri dalam perusahaan membuat pakaian berlandaskan ciri keislaman,” katanya.

DSC_0098Bengkel jahitan adalah antara program khas dibawah pantauan Dr Shafe dan peserta akan didedahkan dengan kaedah mengambil ukuran badan, merajah dasar pakaian, memotong serta menjahit pakaian dengan kemas melalui bengkel berkenaan.

Bagi tenaga pengajar, Mahani Yaakob, beliau mengharapkan kaum wanita akan terus komited mengikuti bengkel itu, selain kemahiran menjahit mampu menjadi sumber pendapatan buat keluarga.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.