Categories
SELANGOR

CCTV berjaya rakam suspek kes pecah masuk pejabat Ahli Parlimen Kapar

Oleh: LIZAWATI MADFA

KLANG, 30 JUN: Selepas 48 jam, suspek kes pecah masuk pejabat Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Manivannan dalam satu sidang media berkata, beliau memperoleh rakaman berdurasi 40 minit itu daripada pemilik premis perniagaan lain yang terletak berhampiran pejabatnya, di Jalan Klang Sentral, di sini.

Katanya, seorang lelaki berbangsa India dilihat jelas menggunakan kunci bagi membuka pintu pagar di bawah sebelum memasuki pejabatnya di tingkat dua melalui rakaman berkenaan.

Manivanan Gowin 1a“Kunci yang digunakan adalah jenis biasa yang mudah didapati, dia mencuba dua jenis kunci dan kali kedua lepas cuma di bahagian pintu pejabat atas dipecahkan untuk masuk.

“Bagaimanapun, saya tidak rasa dia ada motif dan mungkin dihantar seseorang untuk melakukan kerja ini,” katanya.

Pada 27 Jun lalu, Manivannan membuat satu laporan polis di Balai Polis Meru, di sini, berikutan pejabatnya dipecah masuk pada awal pagi itu namun tiada sebarang barang atau dokumen hilang.

Melihat kepada rakaman CCTV, lelaki itu mula menghampiri kaki lima bangunan bawah pejabat pada jam 6.11 pagi sebelum berjaya memasuki pagar pada jam 6.13 pagi.

Selepas hampir setengah jam, suspek dilihat keluar semula pada jam 6.38 pagi dan terus berlalu pergi.

Manivanan Gowin 4aMengulas tindakan selanjutnya, Manivannan berkata, beliau akan membuat satu lagi laporan polis dan menyerahkan bukti rakaman CCTV itu kepada polis, petang ini.

“Saya harap polis buat apa yang patut, bagi saya wajah yang ada itu sudah cukup jelas dan ini dapat memudahkan polis membuat tangkapan.

“Saya juga akan mengedar dan menampal wajah suspek di seluruh kawasan parlimen untuk membolehkan masyarakat turut sama membantu,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.