Categories
NASIONAL

10 Menteri Di Jabatan Perdana Menteri boleh tubuh pasukan bola sepak

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 25 JUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat tidak ubah seperti seorang pengurus pasukan bola yang paling gagal dalam sejarah kabinet Malaysia.

Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim, berkata tindakan Najib melantik dua lagi menteri di dalam Jabatan Perdana Menteri (JPM) tidak akan membawa perubahan dan hanya menambah beban rakyat.

Katanya, pelantikan itu juga tidak memberi makna kepada masyarakat Tiong Hua kerana mereka sudah menolak secara keseluruhan kepimpinan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

NEWS“Tiada gunanya, beliau tambah lagi pemain dalam pasukan kerana yang lepas juga rakyat dah tolak habis, 52 peratus sudah pilih Pakatan Rakyat (PR).

“Najib ini memang tiada strategi, bukan hendak menjadikan pasukan dia semakin mantap, bahkan membebankan kita.

“Makin besar kabinet itu, makin besar hutang rakyat. Najiblah pengurus paling gagal,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu perlantikan Pengerusi MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai yang dilantik ke dalam kabinet sebagai Menteri Pengangkutan, manakala Datuk Wee Ka Siong (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Sementara itu, Pengerusi GERAKAN, Datuk Mah Siew Keong turut dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Lee Chi Leong (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa), Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan), Datin Paduka Chew Mei Fun pula kembali memegang jawatan lama beliau iaitu sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

ng suee limPada masa sama, Suee Lim turut menyifatkan Najib sebagai seorang pemimpin yang pekak kritikan apabila sering mengambil remeh teguran dan pandangan pimpinan lain khususnya parti pembangkang PR.

“Sebelum ini kita sudah persoalkan kewujudan kabinet yang terlalu besar untuk rakyat yang tidak sampai 30 juta. Nampaknya, beliau bukan sahaja tidak merombak dan mengurangkan yang ada, bahkan menambah lagi,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.