Categories
SELANGOR

Pegawai JAIS ingkar arahan bakal berdepan tindakan tegas

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 JUN: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawainya yang didapati ingkar perintah dalam serbuan pada upacara perkahwinan Hindu, baru-baru ini.

Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Nurhamizah Othman, berkata ketika ini siasatan dalaman sedang dilakukan terhadap pegawai yang terbabit.

Katanya, semua pegawai JAIS juga dimaklumkan sebelum ini bahawa sebarang penguatkuasaan kepada orang bukan islam perlu mendapatkan kebenaran Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Jais-logo kecik“JAIS memandang serius perkara ini dan tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya kepada pegawai yang didapati bersalah dan ingkar peraturan,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

Pada 1 Jun lalu, JAIS menyerbu upacara perkahwinan Hindu di sebuah kuil di Petaling Jaya kerana mengesyaki pengantin perempuannya beragama Islam.

Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata JAIS sedia membantu pengantin peremopuan terbabit Zarinah Abd Majid, 32, menyelesaikan status agamanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.