Categories
SELANGOR

Red Giants: ‘Keramat’ Stadium Shah Alam ditagih raih kemenangan

SHAH ALAM 21 JUN: Pasukan Bola Sepak Selangor, Red Giants perlu memanfaatkan ‘keramat’ kelebihan bermain di gelanggang sendiri di Stadium Shah Alam untuk menentukan mahkota Liga Super 2014

Penyerang Selangor, Abdul Hadi Yahya menggesa rakan sepasukan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan itu untuk turun menentang Sarawak di Stadium Shah Alam malam ini dan hadir menentang pasukan yang di ambang penyingkiran, PKNS FC pada Rabu di stadium sama.

stadium“Saya harap kami mampu memanfaatkan peluang ini bagi meraih mata maksimum dan menjulang piala di hadapan penyokong sendiri,” katanya dipetik Harian Metro Online.

Selepas kembali di Stadium Shah Alam pada Mac lalu, Merah Kuning hanya tewas dua daripada lapan perlawanan di depan penyokong sendiri.

Pemain berusia 29 tahun itu pastinya tidak mahu terlepas kejuaraan pertama bersama skuad senior Selangor selepas meraih kegemilangan bersama pasukan lain.

Selangor dijangka kembali mempertaruhkan gandingan Abdul Hadi bersama Paulo Rangel untuk menggegar gawang Sarawak selepas pemain import dari Brazil itu menjalani penggantungan dua perlawanan kerana kad merah namun tidak dapat menggunakan khidmat Mohd Nazmi Faiz Mansor dan A Thamil Arasu (kerana penggantungan kad kuning).

“Kehadiran Rangel menambah keyakinan kami untuk mengharungi baki dua cabaran kerana semua pihak sedar kemampuannya meledak jaringan bersama Selangor musim ini,” katanya.

Abdul Hadi bagaimanapun mengingatkan rakan sepasukan tidak memandang rendah kemampuan Sarawak kendalian Robert Alberts yang mempamerkan kebangkitan sejak kebelakangan ini terutamanya kemampuan mengikat juara Piala FA, Pahang 1-1 pada Selasa lalu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.