Categories
NASIONAL

Saifuddin: Ahli PKR perlu tolak politik ugutan, wang

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa menolak amalan politik wang dan ugut kerana perkara itu hanya melemahkan parti yang mendukung agenda reformasi.

Memetik Keadilan daily, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau percaya ahli PKR adalah golongan yang bijak dalam membuat pilihan pemimpin yang akan memimpin parti.

“Undi kita tidak seharusnya dipengaruhi amalan politik wang, ugutan dan habuan. Amalan politik seumpama ini akan hanya melemahkan parti.

Saifuddin Kongres PKR“Pemimpin yang menang melalui cara ini tidak akan mampu memimpin parti pada tahap yang dihormati oleh lawan dan kawan. Jauh sekali daripada mendapat kepercayaan rakyat,” katanya yang sedang menyambung kursus pendek di London yang diikuti, sejak Disember 2013.

Beliau yang juga menolak calon yang mengamalkan politik demikian dan menegeskan semua pihak harus memelihara kewibawaan parti, membina kekuatan, meneruskan cita-cita dan idealisma parti adalah jauh lebih penting daripada seseorang individu yang menang dengan cara amalan politik wang, ugutan dan habuan.

Pada masa sama, Saifuddin berkata, beliau masih lagi calon yang bertanding dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR dan menolak dakwaan sudah menarik diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.