Categories
SELANGOR

Undang-undang PBT digubal, langkah tegas perangi iklan haram

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 JUN: Operasi menurunkan iklan haram tidak memberi kesan maksima apabila pengiklan masih berdegil dengan menaikkan atau menampal semula iklan mereka pada kemudahan awam sehingga memburukkan pandangan persekitaran.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang), berkata operasi yang dijalankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak memberi kesan apabila pengiklan terbabit tidak pernah dikenakan tindakan undang-undang oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Justeru itu, Kerajaan Negeri akan menggubal undang-undang bagi membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan undang-undang kepada pengiklan terbabit.

MBPJ Iklan haram 01“Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tetapi yang boleh adalah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Kita turunkan iklan haram tetapi mereka masih menampal semula kerana tiada tindakan diambil,” katanya pada Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan boleh dilaksanakan dengan mengambil nombor telefon yang dipaparkan pada iklan haram itu bagi membendung masalah terbabit.

Chang Khim juga percaya masalah itu dapat diatasi jika tindakan tegas diambil pihak yang mempunyai kuasa daripada sudut undang-undang.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.