Categories
SELANGOR

Selesai isu tidak sekata PBT, Selangor selaras permohonan Kebenaran Merancang

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 JUN: Kerajaan Negeri bercadang menyelaraskan permohonan Kebenaran Merancang (KM) di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Kim, berkata usaha itu dilakukan sebagai penyelesaiaan berkenaan isu yang dilihat tidak sekata di kebanyakan pihak berkuasa di Selangor.

“Dalam penyeragaman permohonan ini sebagaimana dibincangkan, kita dapati masih terdapat beberapa masalah iaitu wujud perspektif berlainan antara pihak berkenaan yang mungkin dapat kita selaraskan perkara ini.

teng_chang_k_pc_01“Ini termasuk juga Pusat Sehenti Setempat (OSC) 3.0 yang dilihat masih belum melalui proses rundingan membabitkan semua pihak berkenaan termasuk PBT, pemaju perumahan dan pihak lain yang terbabit dalam industri pembangunan,” katanya dalam Majlis Dialog Belanjawan Selangor 2015, di sini.

Chang Kim berkata, input diperoleh daripada pembentangan dilakukan dapat membantu Kerajaan Negeri merangka satu keputusan realistik bagi kemajuan Selangor.

Ahli Majlis Pertubuhan Perancang Malaysia, Mahani Mohd Yasin dalam pembentangan kertas kerja menjelaskan, secara amnya KM adalah satu prosedur iaitu pemohon perlu mengemukakan permohonan kepada PBT untuk mendapatkan kelulusan sebelum memulakan sebarang pembangunan di atas tanah atau bangunan seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 21A dan 21B.

Beliau berkata, sesuatu KM diberikan pihak berkuasa iaitu PBT bagi sesuatu kawasan seliaannya, manakala bukan PBT dikeluarkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri.

logo PBTKatanya, keseragaman dalam KM perlu bagi mempertingkatkan daya saing negara dengan negara luar, urusan pengeluaran permit pembangunan yang mudah, seragam, efektif dan efisien, ke arah sasaran kedudukan pertama Bank Dunia sebagai Negara Mesra Pelabur serta mengurangkan kos keseluruhan pembangunan lebih kompetetif.

“KM boleh dicapai dengan memberi penumpuan terhadap pengurangan prosedur, masa dan kos, meningkatkan tahap perkhidmatan OSC juga mempercepatkan proses daripada segi masa dan kos serta penyelarasan keperluan pengemukaan dokumen di semua 98 PBT.

“Ia juga perlu penyeragaman bagi proses mendapatkan permit pembangunan ke seluruh Malaysia serta sistem OSC 1 diberi nafas baru kepada OSC 3.0 sebagai satu jenama di seluruh Malaysia,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.