Categories
NASIONAL

Skandal projek UiTM: Kroni untung, kos rakyat tanggung

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 JUN: Pendedahan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengenai projek penswastaan pembinaan UiTM menunjukkan amalan menguntungkan kroni rapat Umno kian berterusan selain memperoleh keuntungan ‘atas angin’.

Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, perkara ini merupakan amalan biasa yang dilakukan Umno demi kepentingan mereka sehingga menswastakan projek pembinaan UiTM.

uitm-puncak-alam-1“Umno akan gunakan apa cara untuk kepentingan pimpinan mereka kalau sampai tahap UiTM pun yang kononnya atas nama melayu dan Bumiputra pun dia nak gunakan untuk kepentingan dia (Umno) dan pimpinan mereka maka sanggup diswastakan,” katanya kepada Selangor Kini.

Apa yang dibimbangkan katanya, sebelum ini berlaku pelbagai kejadian keruntuhan bangunan yang dibina oleh kerana pemberian projek berkenaan kepada pihak yang hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata dan akhirnya mengakibatkan kerugian jangka panjang.

“Sebagai contoh di stadium (Terengganu) yang berlaku adalah apabila kontraktor utama bukan daripada ahli dalam bidang itu maka dia akan beri kontraktor lain buat.

“Bila kontraktor lain buat maka akan berlaku dengan harga yang lebih rendah daripada harga yang dia dapat,” katanya lagi.

Sebelum ini Rafizi mendedahkan beberapa individu rapat dengan Umno memperolehi konsesi pembinaan UiTM hingga menyebabkan institusi itu membayar harga lebih tinggi untuk kos sewaan pada jangka panjang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.