Categories
SELANGOR

MBPJ: 590 serbuan banteras pusat siber & kafe haram

PETALING JAYA 3 OGOS: Sebanyak 590 serbuan berjaya dilaksanakan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam operasi ke atas pusat siber dan kafe yang tidak mematuhi peraturan dan beroperasi secara tidak sah.

Datuk Bandar MBPJ, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata berkata ia bagi memastikan tindakan undang-undang dapat diambil ke atas pihak yang mengambil kesempatan ini dari Januari hingga Julai tahun ini.

kafe siber raid 05Menurut Alinah, dari jumlah itu, sebanyak 20 tindakan kompaun dan 512 premis disita MBPJ ke atas pemilik premis yang beroperasi tanpa lesen yang sah.

“Selain itu, kita turut berjaya merampas dan menyita sebanyak 8019 buah set mesin komputer yang digunakan di premis-premis tersebut,” katanya dipetik Sinar Harian.

Alinah berkata, operasi bersepadu yang dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebelum ini juga turut berjaya melaksanakan sebanyak 149 tangkapan atas pelbagai kesalahan.

Jelas Alinah, operasi yang dijalankan berkenaan akan diteruskan secara konsisten bagi memastikan tiada pihak yang lepas tangan dan cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah.

“Kita akan meneruskan operasi dan mengambil tindakan di bawah Undang-undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber (MBPJ) 2007 serta boleh dikenakan kompaun minimum RM1,000 dan maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Tambah Alinah, pihaknya berharap agar setiap pihak dapat mematuhi dan mengikut peraturan yang ditetapkan MBPJ bagi menggelakkan tindakan undang-undang diambil.

Leave a Reply

Your email address will not be published.