Categories
KENYATAAN MEDIA

Rapatkan saf, cari jalan penyelesaian terbaik

Oleh: DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Saya mengikuti perkembangan isu-isu politik terkini. Nada dan ritma perbincangan di kalangan ahli-ahli keluarga Pakatan Rakyat pada kala ini seakan menampakkan emosi yang tidak begitu positif. Namun saya percaya, kita semua mahukan yang terbaik buat bukan sahaja rakyat di Selangor malah yang terbaik buat seluruh rakyat Malaysia.

Kita semua perlu ingat dan sedar, Pakatan Rakyat yang telah wujud sejak 2008 adalah manifestasi dan penzahiran harapan rakyat. Jika ini tidak benar, masakan kita mampu meraih 52% undi popular sewaktu PRU-13?

Rakyat mengharapkan suasana politik yang lebih positif, yang lebih progresif, yang lebih berasaskan nilai dan aqliah – yakni rakyat mengidamkan sebuah politik yang matang dan mampu memenuhi harapan Malaysia yang setelah lima dekad masih ditadbir kelompok yang sama.

Oleh itu, saya menggesa semua ahli keluarga Pakatan Rakyat dari semua parti – bersatulah kita, rapatkan saf kita, dan marilah bersama mencari jalan penyelesaian yang terbaik bukan sahaja untuk sebuah negeri yang kita tadbir, tetapi untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.

# Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden PKR

Leave a Reply

Your email address will not be published.