Categories
NASIONAL

Shamsul cadang anggota AMK dicalonkan PRK Pengkalan Kubor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 22 OGOS: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mencadangkan anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.

Hal itu berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar dari Barisan Nasional (BN) meninggal dunia akibat penyakit kanser pada 20 Ogos lalu.

559247_319574834800602_38959110_n“Saya harap, kita akan cadangkan nama kepada pimpinan supaya angkatan muda khususnya  boleh dijadikan sebagai calon baru DUN Pengkalan Kubor itu,” katanya dalam sidang media di Kongres AMK di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, hari ini.

Katanya, pencalonan itu mampu membuka lebih banyak peluang bagi menyediakan pemimpin pelapis di masa hadapan.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor diumumkan kosong selepas Allahyarham Noor Zahidi meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital di Guangzhao, China.

Allahyarham menyandang jawatan ADUN Pengkalan Kubor sejak 2004 selepas menang tiga Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini.

Dalam PRU ke -3 lalu, Allahyarham menang besar dengan majoriti 1,763 undi menewaskan calon PKR dan seorang calon bebas.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.